Sayangku~

Jumaat, 18 Januari 2013

Bercinta Selepas Nikah Itu Sangat Indah~


Hai,all.. Selamat petang dan selamat minum petang. Hihi.. Petang ni Zhura nak share satu pengalaman yang memang sangat manis dalam seumur hidup Zhura. Mungkin kawan-2 semua pun nanti akan tempuhinya bila sudah bergelar suami dan isteri. :)

Eh-2,sukenye mak mentua saya ek.. Hihi

Bercinta itu memang indah. Bahkan seluruh umat manusia juga pernah merasakan nikmat bercinta. Tapi sangat-2 berbeza rasanya bercinta sebelum nikah dan bercinta selepas nikah. Bercinta sebelum nikah sangat banyak pantangnya. Bahkan kita juga digalakkan untuk tidak bercinta selagi kita tidak diikat dengan hubungan yang sah. Ini kerana bercinta sebelum nikah kadang-2 boleh membawa kita hanyut lebih jauh ke arah kemaksiatan. Tapi berbeza pula rasanya bila bercinta selepas nikah. Saling memenuhi kehidupan antara satu sama lain, mencipta pahala bersama, gurauan yang penuh bermakna, hari-2 pasti ada senyuman yang terukir. Memang betul-2 bahagia.. Even kalau ada yang merajuk pun,dapat pujuk kejap je. Hihihi.. Yang paling bermakna apabila kita solat,suamilah yang menjadi imam kita. Indah itulah yang didambakan selepas bergelar suami isteri.

Zhura doakan semoga hubungan suami isteri kawan-2 Zhura semuanya berkekalan hingga ke Jannah seperti mana yang Zhura doakan untuk hubungan Zhura dan suami juga. Solat dan mengaji jangan tinggal untuk keberkatan dari Allah SWT. Sentiasa saling memahami dan bijak menangani masalah rumahtangga untuk kebahagiaan yang abadi. Semoga kita semua mencapai apa yang diimpikan dalam kehidupan berumahtangga.

#Lepas ni target ada baby pulak untuk ke arah kehidupan yang lebih sempurna. InsyaAllah.. ;)


2 ulasan:

~Terima kasih awak sebab sudi komen. Sila datang lagi~