Sayangku~

Ahad, 30 Disember 2012

Alhamdulillah,Rezeki Zhura.. ^_^

Alhamdulillah,2 kali Zhura menang dalam GA dan contest. First,menang End Year Giveaway by Princess_1405 dan hadiahnya header dari Maisarah Azmi. Second,jadi pemenang bertuah dalam Photo Contest : Be Yourself ! by Hanna Nabiella dan hadiahnya full blog review + bloglist selama 6 bulan. Hihi..

Nampak,atas sekali blog Zhura terpampang.. Suke bukan main kepalang! Hehehehe~

Thanks a lot to Princess_1405, Maisarah Azmi dan Hanna Nabiella.. Esok tunggu pengumuman pemenang dari GA Butter Scarves, GA Cikji dan GA Honey Clover's Closet.

Wish me luck! ^_^

#Ehem-2.. Rezeki anak bile nak dapat ni.. -__-

Sabtu, 29 Disember 2012

Cara Menyediakan Masker Tomato Kolagen

Yeaayyy!! Zhura baru je lepas pakai masker tomato kolagen. Muka rasa lembut je.. Jerawat yang semalam naik dan baru nak naik tadi pun hilang lepas Zhura pakai 2 kali masker kolagen.
Serius ni... Zhura ta tipu.http://www.emocutez.com
Petang semalam Zhura dah pakai masker kolagen buatan sendiri. Tadi buat lagi,tambah tomato. Memang puas hati sangat-2. Zhura suka buat masker kolagen ni sebab hasilnya buat muka jadi lembut,licin dan yang paling penting,mensusutkan jerawat.
 Psssstt~ Sampai suami Zhura cakap muka Zhura makin berseri.....http://www.emocutez.com
Jadi,entri kali ni Zhura nak tunjukkan cara-2 menyediakan masker tomato kolagen.
Selamat mencuba!http://www.emocutez.com



 Sebiji tomato,dibuang kulitnya dan dibelah 2. Ambil sebelah je sebab kalau sebiji nanti jadi banyak sangat.




 Kolagen atau rumpai laut gred AAA yang telah direbus.




 Tomato yang sudah siap dilenyek.




 Ambil 2 sudu kecil kolagen dan dicampurkan dengan tomato.




Dah siap pun masker tomato kolagen. Pastu bolehla main tepek-2 kat muka.. 
Hihihihihttp://www.emocutez.com

TIPS KAKI

CARA BUAT MASKER MUKA ( KULIT BERMINYAK )
Sebatikan gel kolagen bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji atau tanpa buang biji pun boleh dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar selama 20-25 minit atau sehingga kering sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

CARA BUAT MASKER MUKA ( KULIT NORMAL)
Campurkan madu bersama gel kolagen lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.
CARA BUAT MASKER MUKA ( KULIT KERING)
Mencampurkan gel kolagen dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.

Khamis, 27 Disember 2012

Dadih Kolagen by Kak Izan

Jeng-3.. Zhura da ada resepi Dadih Kolagen.. Sedap dan menyihatkan okehhh.. Sedap kalau makan petang-2 cmni atau ketika cuaca panas. Kalau Zhura,tiap-2 masa nak makan kalau benda-2 sejuk cmni. Hihi..
Resepi simple sangat-2. Thanks to Kak Izan,tuan punya resepi. So,ape lagi? Jum try,cuba,test buat dadih ni.

Nyum-3.. Menyelerakan!

Bahan-bahan :-
50gm kolagen (PMC/rumpai laut)
1 cawan gula
1 kotak(1 liter) susu (Dutch Ludy atau ikut citarasa sendiri)

Cara-cara penyediaan :-
1. Masak kolagen sampai hancur.
2. Masukkan gula,kacau sampai hancur.
3. Masukkan sekotak susu.
4. Kacau lagi sampai menggelegak.
5. Dah menggelegak,tutup api dan biarkan sejuk.
6. Bila dah sejuk,masukkan dalam bekas. Bolela simpan dlm fridge.