Sayangku~

Selasa, 4 Disember 2012

Breakfast For Today

Korang breakfast ape arini ek? Sedap ta? Mehla share sket dengan Zhura.. =p
Menu untuk breakfast pagi ini adelah Sup Cendawan Berkrim dan roti Gardenia. Nanti Zhura post plak resepi roti bawang putih keh.




Bahan-bahan Sup Cendawan Berkrim
300gm cendawan butang (boleh guna cendawan swiss brown)
1 biji bawang besar
2 cawan air rebusan ayam (boleh juga ganti 2 kiub ayam)
1 cawan cream
800ml susu segar
1/2 sudu kecil serbuk herba thyme (boleh didapati di pasaraya besar)
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara Memasak
1. Potong kecil semua cendawan dan bawang besar diracik. Masukkan ke dalam periuk air rebusan ayam,herba thyme,bawang yang sudah diracik dan juga cendawan. Kemudian masak sehingga cendawan menjadi lembut. Sesudah itu,kisar sup sehingga hancur

2. Panaskan olive oil dan butter,masukkan semua tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung bertukar warna menjadi coklat dan masak. Pastikan api kecil supaya butter dan tepung tidak hangit. Lepas itu,masukkan susu,sup yang sudah dikisar tadi dan juga cream. Kacau dan masukkan garam dan lada hitam mengikut citarasa.

3. Kacau perlahan-lahan dan masak sehingga mendidih dan menjadi pekat. Siap dihidang!

P/S: Thanks to Kak Nannie Kuzaifah. Macam-2 lagi resepi ade kat sini. Korang boleh skodeng-2 blog Kak Nannie Kuzaifah ni ye.. ;)



2 ulasan:

  1. wow meleleh air liur!!!

    tengs sudi kasi pendapat kat blog saya..nah hadiah untuk awak

    http://sukakartun23.blogspot.com/2012/12/hadiah-doodle-part-2.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks....Suke sgt-2.Rajin dy bt doodle ek.
      Tp Zhura tatau cmne add doodle.Even na add button like dn share pun ta bole. =(

      Padam

~Terima kasih awak sebab sudi komen. Sila datang lagi~