Sayangku~

Isnin, 3 Disember 2012

Kisah Kucing~

Assalamualaikum,

Zhura tau ramai yang sukakan kucing. Zhura lagilah,tidow pown peluk kucing.. Hehe.. Dalam hidup Zhura,Zhura pernah ade 2 ekor kucing yang memang Zhura sayang sangat-2. Seekor nama Jang (stand for Janggut - sebab bawah dagu dia ade tompok cam janggut) and seekor lagi nama Sate (Ta tau ler nape nama dia Sate.. Hehe).

Hi ! My name is Jang..Janggut. 

Jaga-2.. Saya nak lompat tinggi ni !

Duhh.. Nape tinggi sgt ni ?

Akhirnya,dapat pun !! Saya gigit tangan awak.. Nyum3

Oii.. Ape pandang-2 ha? Name aku Sate taw !

Kepenatan selepas kene buli.. =p

Zhura sebenarnya nak cerita tentang kucing liar/kucing tanpa tuan/kucing terbiar yang semakin banyak di luar sana. Mana-2 Zhura pegi,tak kisahla kedai makan ke,pasar ke even belakang rumah pown masih boleh jumpe kucing. Yang merisaukan Zhura adelah kalau kucing-2 ni dibuli oleh manusia tertentu (seperti yang pernah terjadi sebelum ni) atau ade manusia tertentu yang mengambil kesempatan ke atas kucing-2 ni disebabkan mata duitan (penah juga terjadi kes ni) atau yang paling menyedihkan Zhura bila ade manusia yang nak meracun binatang perosak lain tapi kucing jadi mangsa umpan tersebut ! 

Kadang kita tak nampak nasib kucing-2 ni sehinggalah perkara ni terjadi di depan mata kita sendiri atau menjadi kes serius. Time tu,mulalah kita gelabah nak hukum orang tulah,nak maki tu inilah dan sebagainya tanda kita marah ! Memang kita wajar marah apabila melihat binatang yang tak berdosa dan comel ini dianiayai tapi kita sedarkah bila kucing-2 ni merempat tanpa rumah dan tuan ? Sedarkah kita bila kucing-2 ni tak diberi makan dengan betul ?

Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kalau kucing-2 jalanan ni tak berleluasa,takdelah kes-2 menyayat hati berlaku. Kita harus bermula dengan spay/neuter kan kucing-2 kita atau mana-2 kucing jalanan supaya ia tidak membiak dengan banyak. Jaga kucing-2 jalanan ini dengan baik dengan menghantar mereka ke rumah adoption. Jangan membiarkan kucing-2 comel ini terbiar dengan mengorek sampah atau meminta simpati meminta makanan dari pengunjung kedai makan.Kesian sangat-2 Zhura tengok. Korang ta kesian ke ? Ape pendapat dan tindakan korang pula ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~Terima kasih awak sebab sudi komen. Sila datang lagi~