Sayangku~

Isnin, 3 Disember 2012

Masak Tongahari

Assalamualaikum sahabat,

Da masuk tongahari ni... Para-2 isteri dan ibu-2 di luar sane masak apo arini ?? Haaaa.. Mesti best-2 korang punye menu arini,kan ? Okeh,menu untuk lunch arini adelah Masak Lomak Cili Api Udang Harimau.




Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau
  • 10 ekor udang harimau (dibersihkan)
  • 7cm kunyit hidup
  • 4-5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • Cili api (Lebihkan pada yang suka pedas)
  • 2 batang serai
  • 3 cawan Santan Pekat
  • Sayur kacang buncis ,kacang panjang atau bendi
  • Daun kunyit dihiris halus.
  • Garam secukupnya.
  • sedikit air jika perlu.
Cara Memasak Masak Lemak Cili Padi Udang Harimau
1. Kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, cili api kesemua ditumbuk sampai lumat. serai pula dititik.
2. Masukkan udang harimau serta bahan-bahan yang telah ditumbuk kedalam periuk, masukkan santan.
3. Masak dengan api sederhana. Jika kuah terlalu pekat tanbah sedikit air. Setelah mendidih, perasakan dengan garam.
4. Akhir sekali masukkan pula sayur kacang dan daun kunyit (ini bergantung kepada selera). Tak mau bubuh pun tak pe. Biar seketika dan tutup api. Siap untuk dimakan.
Selamat Mencuba !! ^.^v

Credit to Cili Padi.net

2 ulasan:

  1. alahai tgk gambar tu terus rase lapar meyhh.. favourite tu.. nyummmy :D

    BalasPadam

~Terima kasih awak sebab sudi komen. Sila datang lagi~